The Girls Republique angkat tema anime

Iklan
The Girls Republique. Foto: FIRMAN MOHTAR

THE GIRLS REPUBLIQUE atau TGR adalah sebuah platform baharu buat remaja yang ingin bergelar sebagai usahawan dan selebriti.

Meski kedengaran senang untuk menjadi sebahagian ahli namun selaku Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam TGR, Datuk Marina Hashim, berkata, bakal ahli akan ditapis terlebih dahulu.

Iklan
Iklan

"Terkini yang kami cari pun bermutu namun perlu bersikap adil yang mana bakal ahli dihubungi untuk sesi temubual.

"Ini berikutan kadang-kadang ada dikalangan mereka tidak memberikan sepenuh komitmen. Andai sebaliknya keahlian mereka ini TGR terpaksa lucutkan.

Iklan

"Maklumlah remaja, sebab itu pentingnya untuk kami tapis,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Menurut Marina lagi, TGR cuba memberikan mereka satu tanggungjawab berdasarkan tugasan yang diberikan untuk memupuk menjadi remaja yang berpendidikan.

Iklan

"Bukan semudah itu untuk menjadi ahli. Mereka mestilah bertanggungjawab dan berdisiplin dengan setiap tugasan.

"Begitu pun, setiap empat rumah pasukan akan ada ketua untuk memantau setiap ahli.

"Dalam pada itu, meraka akan disediakan kelas dandanan diri dan solekan serta hal-hal berkaitan dunia perniagaan serta hiburan.

"Oleh itu, mereka bukan sahaja bakal bergelar celebprenuer, tetapi turut berpeluang menjadi artis seperti pelakon dan penyanyi melalui ujibakat yang disediakan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengasas TGR, Datin Marlynda berkata, di tahun kedua ini, pihaknya mensasarkan lebih banyak bilangan ahli.

"Jun tahun lalu kami bermula dengan tujuh orang sahaja namun selepas itu berkembang kepada 200 orang pada Februari 2019."Jadi tahun ini kami sasarkan 2,000 ahli yang akan dibuka pada Jun depan," ujarnya.