10 PPS di Kelantan masih dibuka

Iklan
Gambar hiasan

KOTA BHARU - Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini bagi menempatkan 3,308 mangsa dari daerah Tumpat dan Pasir Mas.

Menurut portal InfoBencanaJKM, sehingga jam 7 malam, sebanyak 1,022 keluarga masih ditempatkan di PPS iaitu mengikut pecahan 2,090 dewasa, 1,181 kanak-kanak, 37 orang bayi, 134 warga emas dan 10 orang kurang upaya (OKU).

Iklan
Iklan

Keadaan kediaman di beberapa kawasan di Tumpat masih digenangi air sehingga paras lutut, namun keadaan semasa menunjukkan ia semakin pulih.

Rata-rata penduduk kampung di Pasir Mas pula ada yang sudah mula kembali ke rumah masing-masing untuk mengemas rumah selepas ditenggelami air.

Iklan
Iklan

Mangsa yang masih berada di PPS dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan arahan pihak berwajib untuk menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengawal penularan Covid-19.