YBR peruntuk RM210,000 bantu pelajar luar bandar

Iklan
Sesi gimik penyerahan Bantuan Persekolahan kepada penerima di Sungai Besar, Selangor oleh Ahli DUN Sungai Besar, Datuk Mohd Imran Tamrin (tengah) oleh Ahli Lembaga Amanah YBR, Widia Watie Abuzar (dua dari kanan).

SHAH ALAM – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan pendidikan bernilai RM210,000 kepada 1,400 murid sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) kepada pelajar luar bandar sempena dengan pembukaan semula sesi persekolahan serta pembukaan semester di universiti.

Menurut kenyataan YBR pada Jumaat, tiga lokasi luar bandar tersebut adalah di Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Iklan
Iklan

Jelasnya, YBR memperuntukkan RM110,000 kepada pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah yang menerima tawaran kemasukan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti memulakan pengajian di semester baru.

Sementara itu, RM100,000 diperuntukkan kepada murid sekolah yang bakal memulakan sesi persekolahan baru.

Iklan

"YBR membantu pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan terutama masyarakat luar bandar, pedalaman dan miskin bandar dalam memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

"Diharapkan melalui inisiatif seperti ini dapat meringan beban ibu bapa yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang telah melanda di seluruh negara,” katanya.

Iklan

Tambah kenyataan, program bantuan tersebut sedikit sebanyak mengurangkan bebanan kewangan ditanggung ibu bapa dan pelajar IPT serta murid sebelum mendapat mana-mana bantuan dalam meneruskan pengajian dan sesi persekolahan.

Jelas YBR, diharapkan juga inisiatif bantuan pendidikan itu menjadi pendorong kepada organisasi-organisasi lain dapat turut sama membantu dalam memberi bantuan tanpa mengira bentuk atau nilai sumbangan.

"Bantuan awal pengajian bertujuan membantu pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan, terutama di kalangan B40 dapat memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di negara ini.

"Prihatin dengan sesi persekolahan 2022 yang bakal bermula, bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 bagi persiapan persekolahan diharapkan akan dapat membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan awal,” ujarnya.

Tambah YBR, sehingga kini, seramai 3,277 pelajar telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan RM2.2 juta sejak dari tahun 2017.

Bagi tahun 2022 katanya, sejumlah RM1 juta diperuntukan dalam bagi bantuan ini manakala seramai 39,397 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.12 juta sejak dari tahun 2018.

"Bagi tahun 2022, sejumlah RM2.75 juta diperuntukan bagi program bantuan persekolahan,” jelasnya.