Petronas 'suntik' semangat BAM

Iklan
Mohamad Norza (tengah) bergambar bersama pengurusan Petronas dan BAM serta barisan pemain negara di ABM pada Jumaat. - Foto Bernama

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mendapat 'durian runtuh' apabila menerima penajaan terbesar dalam sejarah selepas menandatangani perjanjian selama tiga tahun dengan Petronas dan anak syarikatnya, Petronas Dagangan Berhad (PDB).

Meskipun enggan mendedahkan jumlah sebenar penajaan itu, Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria, percaya ia mampu menaikkan semangat BAM untuk meneruskan usaha melahirkan lebih ramai jaguh dunia dan menamatkan penantian pingat emas pertama di Sukan Olimpik.

Iklan
Iklan

"Sejak penubuhan BAM, penajaan ini merupakan yang terbesar yang pernah kami terima. Penajaan ini juga beri peluang kepada kita untuk terus kekal fokus kepada sasaran iaitu untuk dapatkan pingat emas di Olimpik Paris 2024.

"Selain itu, matlamat utama kita adalah untuk melahirkan pemain bertaraf dunia dan seperti yang sering saya katakan percaya kepada proses yang sudah kita lakukan.

Iklan

"Saya harap penajaan ini dapat memberi motivasi kepada semua pihak terutama pemain untuk terus memberikan terbaik kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian rakan kongsi antara BAM dan Petronas di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, Pengurus Besar Bahagian Jenama Petronas, Khairul Hisham Maslan berkata, syarikat tersebut tidak akan memberi tajaan sewenang-wenangnya, sebaliknya menetap beberapa kriteria sebelum menyalurkan peruntukan.

Antara kriteria ditetapkan adalah komitmen yang ditunjukkan badan induk sukan berkenaan dalam usaha untuk membangunkan pemain akar umbi selain penajaan terbabit turut memberi pulangan kepada syarikat.

"Jika menepati kriteria yang ditetapkan dan memberi pulangan kepada syarikat sudah tentu permintaan mereka akan dipertimbangkan," katanya.