[VIDEO] Senator AS gesa Putin dibunuh rakyatnya sendiri

Iklan
Lindsey Graham - Foto AP

WASHINGTON - Seorang senator di Amerika Syarikat (AS), Lindsey Graham pada Jumaat menggesa Presiden Rusia, Vladimir Putin dibunuh ekoran negara tersebut menceroboh Ukraine pada minggu lalu.

Beliau mahu Putin dibunuh oleh rakyat Rusia sendiri.

Iklan
Iklan

Graham juga merujuk kepada kejadian pembunuhan pemimpin empayar Rom, Julius Caesar yang dilakukan oleh Brutus iaitu seorang ahli politik pada zaman Rom yang pandai berpidato.

"Adakah Brutus di Rusia? Adakah Kolonel Stauffenberg yang lebih berjaya berada di dalam tentera Rusia?" ciap Graham menerusi Twitter pada Jumaat lalu.

Iklan

Nama sebenar Kolonel Stauffenberg ialah Claus von Stauffenberg yang merupakan seorang pegawai tentera Jerman yang cuba untuk membunuh pemimpin negaranya, mendiang Adolf Hitler tetapi beliau gagal berbuat demikian.

Menurut Graham yang mewakili parti Republikan satu-satunya cara untuk perang Rusia dengan Ukarine berakhir adalah untuk seseorang di Rusia menghapuskan Putin.

Iklan

Beliau menciap di Twitter bahawa si pembunuh memberikan perkhidmatan yang hebat kepada negara dan dunia jika melakukan pembunuhan tersebut. - Agensi