BATU PAHAT - Walaupun kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kurang meriah dengan bendera dan ceramah, tetapi pengundi telah mempunyai pilihan masing-masing untuk mengundi pada 12 Mac nanti.
Pengundi, Abd Karim Sufian, 61, berkata, di zaman teknologi maklumat, pengundi tidak terlalu bergantung kepada jumlah bendera yang dipasang semasa pilihan raya.
"Sekarang ini mereka banyak mengetahui tentang perkembangan politik atau perkembangan setiap parti itu melalui bacaan masing-masing dalam media sosial, surat khabar dan televisyen.
"(Pengundi) tidak hanya bergantung kepada banyak mana bendera yang dipacakkan oleh setiap parti.
"Bagi pengundi terutamanya yang berusia, dalam pemikiran mereka sudah ada parti mana mereka mahu pilih dalam PRN kali ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian baru-baru ini.
Seorang lagi pengundi, Abu Bakar Abd Manap, 59, turut menyuarakan pendapat yang serupa.