Azizul mahu lebih realistik dalam tawaran berkempen DUN Tiram

Iklan
Azizul (dua,dari kanan) ketika beramah mesra bersama penduduk Tiram dalam lawatan kempennya di sini pada Jumaat.

JOHOR BAHRU - Biarpun terpaksa berdepan dengan saingan tujuh penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram, calon Barisan Nasional (BN), Azizul Bachok menganggap itu hanyalah lumrah baharu dalam politik sekarang.

Bagi anak jati Tebrau ini, dia sudah bersedia berdepan tentangan sengit daripada kesemua calon lain selain hanya mahu menaruh aspirasi terbaik bagi membantu rakyat di DUN Tiram.

Iklan
Iklan

Katanya, faktor geografi DUN berkenaan yang merangkumi geografi kawasan bandar, desa, perkampungan nelayan, Orang Asli dan kawasan Felda adalah suatu keunikan untuk bakal wakil rakyat di kerusi berkenaan.

"Aspirasi utama saya adalah untuk menjadikan DUN Tiram sebagai kawasan ‘Sifar Miskin Tegar’.

Iklan

"Bagi mencapai matlamat itu, saya akan cuba meneroka peluang ekonomi baharu, pekerjaan untuk generasi muda dan pembangunan usahawan kecil serta sederhana (PKS) untuk penduduk Tiram.

"Saya juga sedar kita masih dalam cengkaman wabak Covid-19 dan saya cuba membantu kebanyakan rakyat yang sedang berusaha untuk bangkit kembali," katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Jumaat.

Iklan
Azizul

Azizul berkata, beliau juga tidak mahu menjanjikan 'bulan dan bintang' sebagai retorik kempen politik sebaliknya mahu lebih realistik dan optimis dalam melaksanakan idea perubahan kepada penduduk DUN Tiram.

Ujar Setiausaha UMNO Bahagian Tebrau itu, kesemua perancangan ingin dibawanya itu tidak akan berjaya tanpa bantuan daripada pasukannya selain paling utama sokongan para pengundi DUN Tiram.

"Saya tak mahu menjanjikan kepada penduduk Tiram sesuatu yang dirasakan tak mampu dilaksanakan. Sebab itu sepanjang kempen saya tidak pernah menjanjikan apa-apa yang saya tahu tak dapat dibuat.

"Aspirasi saya adalah berlandaskan kepada lima Ikhtiar BN Johor yang telah diumumkan oleh pengerusinya, Datuk Hasni Mohamed.

"Biarlah apa yang ditawarkan oleh saya kepada pengundi tak nampak gah atau wow tapi ia lebih realistik dan praktikal. Jadi yakinlah Azizul pasti 'Ready' untuk DUN Tiram," katanya.


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my