KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Hulu Terengganu terus menunjukkan penurunan dengan seramai 678 penduduk masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi Sabtu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu berkurangan berbanding 1,840 mangsa banjir yang direkodkan pada jam 4 petang Jumaat.