Rangnick lega Cavani sedia beraksi

Iklan
Kehadiran Cavani legakan Rangnick. - Foto Reuters

PENGENDALI interim Manchester United, Ralf Rangnick lega dengan kehadiran penyerang, Edinson Cavani pada sesi latihan menjelang aksi berdepan Manchester City bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Etihad pada Ahad.

Menurut Rangnick, kehadiran semula Cavani dilihat bakal membentuk jentera serangan mantap bersama Cristiano Ronaldo pada aksi ‘derby’ berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kembalinya Cavani pada sesi latihan memberikan berita gembira selain lebih pilihan kepada kita bagi membentuk gandingan serangan mantap.

"Selain itu, Marcus Rashford juga dilihat sudah bersedia untuk diturunkan dan ia akan menjadikan jentera serangan kita lebih tajam bagi merobek gawang City,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, United kini berada pada kedudukan keempat EPL dengan 47 mata setelah mengharungi 27 perlawanan.

Sementara itu, Rangnick mahu skuad The Red Devils itu banyak ‘belajar’ daripada Manchester City dan juga Liverpool terutamanya daripada segi pembangunan pemain bagi memastikan kecemerlangan berterusan dalam saingan EPL.

Iklan

Katanya, progress yang ditunjukkan City dan juga Liverpool dilihat begitu menonjol berbanding United sejak kebelakangan ini dan perkara berkenaan perlu dipelajari dengan sebaiknya selepas ini.

"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, fokus saya masih lagi mengenai proses pembangunan pasukan, terutamanya skuad terkini United dan menghasilkan keputusan terbaik pada akhir musim nanti.

"Bagaimanapun, City dan Liverpool sememangnya telah mempamerkan kejayaan yang berterusan sejak kebelakangan ini.

"Saya juga akui kedua-duanya memang konsisten dengan memiliki pengendali yang sama sejak kebelakangan ini dan ini membuatkan mereka ‘serasi’ dan memiliki identiti permainan tersendiri,” katanya.