'Hanya yang ikhlas sayangkan Muafakat Nasional'

Iklan
Takiyuddin Hassan

SHAH ALAM - Hanya pemimpin yang ikhlas sayangkan Muafakat Nasional (MN) dan bukannya mereka yang menumpang populariti di tengah jalan, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin menerusi ciapan di Twitternya pada Sabtu berkata, pemimpin yang ikhlas itu adalah mereka yang memperjuangkan pembentukan MN.

Iklan
Iklan

"Hanya mereka yang ikhlas usahakan hasrat murni MN sahaja yang sayangkan gagasan besar umat ini, bukan mereka yang menumpang populariti di tengah jalan," katanya ringkas.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat yang memberi petunjuk jelas mengenai masa depan MN dengan menyatakan kerjasama politik antara parti itu dengan Pas 'biarlah diletakkan dalam satu lipatan yang tidak perlu dibuka lagi'.

Iklan

MN yang merupakan gagasan kerjasama Pas dan UMNO dicetuskan hasil daripada Piagam MN yang dimeterai antara dua parti politik Melayu Islam terbesar di Malaysia tersebut semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019 atau HPU914.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bekas Setiausaha Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dan Takiyuddin merupakan individu penting dalam usaha memastikan HPU914 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Iklan