WiFi, Internet percuma guna TVWS bukti komitmen kerajaan

Iklan
Noraini. Foto Bernama

BATU PAHAT - Inisiatif projek WiFi dan Internet percuma menggunakan teknologi Television White Space (TVWS) pertama di Malaysia yang dilancarkan hari ini membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk memberikan ‘keselesaan internet’, untuk Keluarga Malaysia.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pemasangan WiFi percuma itu merupakan inisiatif tanggungjawab korporat syarikat universiti awam kepada masyarakat.

Iklan
Iklan

"Teknologi yang yang dibangunkan oleh UiTM Holdings dan rakan strategiknya ini bakal memberi manfaat kepada para mahasiswa dan penduduk di kawasan luar bandar yang memerlukan Internet berkelajuan tinggi bagi aktiviti harian seperti PdPR, perniagaan dan juga perkembangan Internet benda (IoT).

"Dengan penawaran WiFi dan Internet percuma menggunakan teknologi TVWS di lokaliti-lokaliti terpilih, kebergantungan pelan Jaringan Digital Negara (Jendela) dapat dilaksanakan dengan lebih pantas hasil inisiatif UA di bawah KPT,” katanya sempena majlis pelancaran di sini, pada Sabtu.

Iklan

Kawasan Taman Industri Seri Suling di Parit Sulong telah terpilih sebagai lokasi pertama projek TVWS ini.

Teknologi TVWS ini menggunakan gelombang televisyen tersedia UHF dan UVF yang tidak digunakan oleh syarikat penyiaran untuk dimanfaatkan sebagai infrastruktur Internet berkelajuan tinggi.

Iklan

Noraini berkata, inisiatif seumpama ini membuka peluang kepada komuniti sekitar untuk memanfaatkan capaian Internet luar bandar melalui frekuensi TV White Space, dalam merencana dan merangka program-program bersesuaian yang memperkasakan komuniti, tanpa melibatkan kos yang besar, berbanding infrastuktur Internet yang lain.

"Hakikatnya, pembangunan sistem rangkaian komunikasi Internet memerlukan kos serta komitmen yang tinggi. Namun, azam untuk membekalkan kemudahan ICT yang terbaik bagi semua lapisan masyarakat di bandar dan juga di luar bandar, mengatasi perkara ini.

"Justeru, KPT bekerjasama secara strategik dengan badan-badan korporat dan anak-anak syarikat universiti awam seperti UiTM Holdings bagi menyediakan platform digital serta rangkaian Internet percuma, khusus untuk penduduk Parit Sulong dan kawasan sekitar,” kata beliau. - Bernama