Ahli Parlimen disaran sertai KRPPM galak usaha SDG

Iklan
Saifuddin

JOHOR BAHRU - Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menyarankan ahli Parlimen untuk menyertai Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) bagi menggalakkan usaha penumpuan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dalam kalangan konstituen.

Menurutnya, 30 Ahli Parlimen telah menyertai KRPPM untuk tujuan itu.

Iklan
Iklan

"Setiap ahli akan menganjurkan empat hingga lima projek dalam setahun untuk penumpuan sasaran SDG dalam kalangan konstituen. Walaupun perlahan tapi pasti kita akan dapat mewujudkan kesedaran tentang SDG dalam kalangan orang awam melalui projek-projek tersebut.

"Sehubungan itu, kami ingin mempelawa lebih ramai Ahli Parlimen untuk menyertai usaha ini,” katanya selepas sesi dialog SDG di EduCity Hub di Bandar Medini Iskandar, hari ini yang dihadiri 60 pelajar universiti.

Iklan

Saifuddin berkata, kementerian sedang merancang untuk memperluaskan usaha penyetempatan SDG ke bahagian utara Malaysia, khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.

"Hampir 50 peratus perdagangan sempadan antara kedua-dua negara berlaku di sana. Oleh itu kami mengambil kira agenda dinamik ini dalam usaha penumpuan kami,” katanya.

Iklan

Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata kementerian itu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha untuk mewujudkan penumpuan SDG di negara ini. - Bernama