Johor jadi perintis jalur lebar tanpa wayar 5G

Iklan
Ismail (tengah) menyempurnakan merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Dataran Plaza Angsana pada Sabtu.

JOHOR BAHRU - Projek meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar dengan penyediaan rangkaian 5G runcit akan dilaksanakan di Johor sebagai negeri perintis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan inisiatif berkenaan bagi membolehkan akses yang lebih pantas selain meningkatkan kualiti perkhidmatan internet sedia ada.

Iklan
Iklan

"Bagi memperhebatkan kualiti perkhidmatan internet, Kementerian Komunikasi dan Multimedia turut mengambil inisiatif memantau kualiti perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar di seluruh negara.

"Proses ini akan dilakukan dalam tempoh enam bulan selain projek rintis ini akan dimulakan di Johor melibatkan 3,000 lokasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Dataran Plaza Angsana di sini, pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Ismail Sabri berkata, menyedari kepentingan pendigitalan adalah amat penting mengikut peredaran zaman, kerajaan juga telah merangka pelbagai inisiatif termasuk penyediaan sistem dalam talian bagi perkhidmatan kerajaan yang lebih efisyen.

Iklan

"Beberapa strategi dan inisiatif telah dirangka serta sedang dilaksanakan di beberapa kementerian, contohnya seperti pembangunan Sistem Janji Temu Klinik (SJTK) di klinik kesihatan.

"Sistem yang dibangunkan ini berupaya memberi peluang kepada rakyat memilih slot janji temu yang sesuai tanpa perlu hadir ke premis kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, bagi tahun 2022, kerajaan menyasarkan penambahan sebanyak 100 lagi klinik kesihatan yang akan menggunakan SJTK.

"Sistem membolehkan janji temu dibuat bukan sahaja untuk individu itu sendiri malah juga ahli keluarga terdekat terutama mereka yang tidak mempunyai kemudahan telefon pintar,” katanya.