Jang congak langkah lebih sempurna

Iklan
Aksi Liga Super antara NSFC dan Sabah FC di Stadium Likas pada Jumaat. -Foto: FB MFL

KETUA Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K Devan akan memastikan skuad Hobin Jang Hobin mempamerkan aksi cemerlang sepanjang musim Liga Super 2022.

Devan berkata, beliau akan menggunakan kepercayaan pihak pengurusan untuk membimbing NSFC dan mengulangi kembali kejayaan menjulang piala Liga Premier pada musim lepas.

Iklan
Iklan

"Apa yang saya inginkan adalah melihat skuad bimbingan saya ini terus kekal dalam saingan Liga Super, itu matlamat saya ketika ini.

"Jadi saya harap mereka juga dapat memberikan komitmen sepenuhnya dalam memastikan ia tercapai,” katanya pada Sabtu.

Iklan

Pada Jumaat, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dalam kenyataan, mengumumkan Devan sebagai pengurus merangkap Ketua Jurulatih NSFC bagi musim 2022.

Devan berjaya membawa skuad Jang ke saingan Liga Super musim ini selepas menjuarai Liga Premier pada musim lepas dengan kutipan 41 mata.

Iklan

Dalam pada itu, jurulatih kelahiran Bahau, Jempol itu menyifatkan kemenangan sulung tiga mata penuh selepas menewaskan Sabah FC 1-0 pada aksi sengit di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Jumaat, membuktikan permulaan baik bagi skuad Jang memperkukuh kedudukan.

Mengenai keserasian antara pemain import dan tempatan, Devan berkata, terdapat beberapa ruang perlu diperbaiki, terutama di bahagian tengah serta serangan, namun ia tidak menjadi masalah dan akan diperbaiki dalam menghadapi perlawanan selepas ini. - Bernama