Banjir Kelantan semakin pulih

Iklan
Keadaan banjir di Kelantan, baru-baru ini.

KOTA BHARU - Keadaan semasa banjir di Kelantan kini semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semakin berkurang iaitu 1,879 orang berbanding 2,730 orang sehingga jam 7 petang, Sabtu.

Menurut portal infobencanajkmv2.jkm.gov.my, ia melibatkan 544 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS iaitu di Pasir Mas dan Tumpat.

Iklan
Iklan

PPS tersebut adalah PPS Putat Tujoh; Sekolah Kebangsaan Tok Deh; Sekolah Kebangsaan Gual Periok; Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong; Pusat Tarbiah Nasrullah Pohon Buloh; Sekolah Kebangsaan Seri Tumpat 2 dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2.

Bagaimanapun, masih ada beberapa daerah di negeri ini mengalami hujan berterusan, termasuklah di kawasan yang belum pulih sepenuhnya.

Iklan
Iklan

Justeru, mangsa yang masih berada di PPS dinasihatkan untuk menjaga prosedur operasi standard (SOP) sebaiknya agar penularan Covid-19 dapat dikawal sebaik mungkin.