SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) tidak terlibat sebagai penganjur Majlis Makan Malam dan Persembahan Tarian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru.
Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), Setiausaha Eksekutif PN, Saiful Adli Mohd Arshad, dipetik sebagai berkata, kehadiran pemimpin PN adalah atas jemputan penganjur iaitu komuniti perniagaan Cina tempatan.
Iklan
Iklan
"Program bukan anjuran PN dan kehadiran pemimpin PN adalah atas jemputan. Persembahan adalah anjuran penganjur,” katanya.
Menurut FMT, kenyataan itu dibuat bagi menjawab tohmahan susulan penularan video yang memaparkan kehadiran pemimpin PN pada majlis makan malam itu.
Mereka termasuk Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau.
Video berdurasi 12 saat tular di media sosial memaparkan beberapa wanita berpakaian seksi dan menari di hadapan pemimpin politik tertinggi itu.
Artikel Berkaitan