GOL separuh masa pertama penyerang Liverpool, Sadio Mane sudah cukup membolehkan The Reds melakar kemenangan 1-0 ke atas West Ham United, sekali gus merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.
Tiga mata diperolehi di Stadium Anfield itu membolehkan skuad kendalian Jurgen Klopp itu 63 mata, tiga mata di belakang anak buah Jurgen Klopp selepas masing-masing mengharungi 27 perlawanan.