RIYADH - Arab Saudi pada Sabtu mengumumkan bakal menarik balik beberapa lagi peraturan berkaitan Covid-19, susulan keadaan pandemik yang bertambah baik di negara itu.
Kementerian Dalam Negeri memutuskan bahawa penjarakan sosial akan ditarik balik, tetapi rakyat masih perlu memakai pelitup muka di kawasan tertutup, lapor agensi berita Xinhua memetik SPA.