BEKAS pemain nombor satu dunia, Roger Federer memberi bayangan bahawa dia mungkin tidak akan beraksi di Wimbledon tahun ini, memandangkan masih belum pulih daripada pembedahan lutut yang dilakukannya sebelum ini.
Menurut Federer menyasarkan untuk kembali ke gelanggang pada penghujung musim panas atau permulaan musim luruh dan bermakna pemain kelahiran Switzerland itu mungkin akan beraksi semula di Terbuka Amerika Syarikat pada 29 ogos depan.
Iklan
Iklan
"Ia pasti akan mengambil masa lama untuk pulih dari kecederaan. Saya kini sasar untuk buat kemunculan semula di gelanggang pada penghujung musim panas atau awal musim luruh.
"Kini lutut dalam keadaan baik dan ia lebih daripada saya jangkakan. Meskipun begitu saya masih perlu bermula dari bawah.
"Buat masa sekarang, saya berada dalam tiga bahagian. Pertama, keseluruhan pemulihan, bangkit semula pada mulanya. Kemudian selepas itu, belajar berjalan dan membina semuanya,” katanya.
Untuk rekod, kali terakhir juara lapan kali Wimbledon beraksi di kejohanan itu adalah pada tahun lalu, di mana perjalanannya terhenti di suku akhir.
Bagaimanapun pemain 40 tahun itu kemudiannya, mengumumkan untuk menjalani pembedahan lutut yang ketiga dalam tempoh dua tahun.