Real dapat tonik sebelum bertemu PSG

Iklan
Camavinga (tengah) meraikan jaringannya bersama pasukannya ketika membantu Madrid tewaskan Sociedad 4-1 di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti memuji persembahan yang ditampilkan pasukannya ketika membelasah Real Sociedad 4-1 dalam saingan LaLiga awal pagi Ahad.

Menurut Ancelotti, dia percaya kemenangan itu sangat penting dalam meningkatkan lagi moral pemain sebagai persiapan menentang Paris Saint Germain pada aksi Liga Juara-Juara Eropah pada Khamis depan.

Iklan
Iklan

"Saya rasa para peminat sudah tentu percaya kami mampu untuk melakukan 'comeback' ketika menentang PSG nanti selepas melihat aksi pasukan pada perlawanan ini.

"Kemenangan ini juga penting untuk menambahkan keyakinan para pemain selepas tewas pada perlawanan pertama menentang PSG sebelum ini. Saya tidak rasa ia perkara yang mustahil untuk pasukan mengatasi defisit satu gol yang dimiliki PSG,”katanya.

Iklan

Pada perlawanan tersebut, Madrid bangkit daripada ketinggalan di Santiago Bernabeu apabila dua gol Eduardo Camavinga dan Luka Modric berjaya meletakkan Los Blancos kembali di hadapan sebelum penalti Karim Benzema dan jaringan Marco Asensio melengkapkan malam gemilang pasukan tersebut.

Mengulas lanjut mengenai persembahan Camavinga pada perlawanan itu, Ancelotti tidak menolak kemungkinan untuk menurunkan pemain berusia 19 tahun itu dalam kesebelasan utama pasukan menentang PSG awal pagi Khamis inimemandangkan ketika ini, pemain tengah Toni Kroos bergelut akibat masalah hamstring.

Iklan

"Dia (Camavinga) mungkin akan diturunkan pada perlawanan menentang PSG nanti. Namun kita akan lihat dahulu bagaimana prestasi Kroos dan Valverde.

"Dia seorang pemain yang berkualiti dan saya bercakap dengannya minggu ini. Dia berasa lebih selesa di sisi Casemiro, tetapi juga boleh bermain di sana.

Tiada pemain yang boleh menggantikan Casemiro dengan sempurna, jadi dia perlu menjadi pemain yang mempunyai ciri-ciri berbeza,”katanya.