KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menunjukkan trend penurunan dengan 1,337 orang daripada 382 keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS) tengah hari ini berbanding 1,437 orang daripada 414 keluarga pagi Ahad.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 1 petang, kesemua mereka berada di tiga PPS di daerah Pasir Mas.