PRN Johor: PN mampu raih sokongan walau berdepan cabaran

Iklan
Ahmad Samsuri

KEMAMAN - Walaupun berdepan cabaran, Perikatan Nasional (PN) diyakini mampu mencipta kejutan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau turut yakin parti itu mampu meraih sokongan dan keputusan lebih baik berbanding ketika PRN Melaka.

Iklan
Iklan

"PRN Johor ada cabarannya yang tersendiri, tetapi kita optimis dapat mencapai keputusan yang terbaik berbanding di Melaka.

"Tiada siapa yang masuk pilihan raya untuk kalah, malah daripada segi persiapan kerja, jentera-jentera PN dilihat begitu sangat bersemangat sekali," katanya kepada pemberita, di sini, pada Ahad.

Iklan
Iklan

PRN Johor menyaksikan PN bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dimana 33 daripadanya diwakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), 15 (Pas) manakala lapan diwakili Gerakan.