RM20 bilion subsidi upah selamatkan pekerja ketika pentadbiran Muhyiddin

Iklan
Muhyiddin Yassin- Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Sejumlah RM20.339 bilion disalurkan kerajaan semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri kepada 357,520 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Perikatan Nasional (PN), langkah tersebut bertujuan mengekalkan penggajian 2,953,741 pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran rakyat.

Iklan
Iklan

"Langkah ini turut disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang menyifatkan ianya adalah satu inisiatif yang banyak membantu majikan dan perusahaan mereka untuk terus bertahan dalam mendepani impak pandemik Covid-19.

"Perkeso juga percaya lanjutan inisiatif akan dapat membantu mengurangkan risiko kehilangan pekerjaan atau mata pencarian kepada pekerja yang majikannya terjejas akibat penutupan kebanyakan sektor ekonomi," menurut kenyataan itu pada Ahad.

Iklan

Menurut PN lagi, PSU merupakan bukti keprihatinan kerajaan pimpinan Muhyiddin mendengar serta memahami cabaran dan kesukaran dihadapi majikan yang memberi kesan secara langsung kepada pekerja.

"Kerajaan PN juga adalah satu-satunya kerajaan yang telah membenarkan moratorium pinjaman bank selama 12 bulan, iaitu enam bulan pada tahun lepas dan enam bulan lagi melalui pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)," jelas PN.

Iklan