Usman sanggup membeli perigi Rum dari si Yahudi untuk kegunaan penduduk Madinah

Iklan
Begitu dermawan Usman apabila beliau membeli perigi Rum dari si Yahudi untuk kegunaan penduduk Madinah. -GAMBAR HIASAN.

USMAN bin Affan begitu terkenal sebagai sahabat Rasulullah SAW dan khalifah Islam yang ketiga.

Berasal dari bangsa Quraisy dan datang daripada keluarga yang kaya-raya.

Iklan
Iklan

Beliau juga digambarkan sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang baik.

Jujur, dermawan dan sangat rendah hati. Begitulah sikapnya yang disenangi ramai.

Iklan

Rasulullah SAW juga mencintai Usman kerana akhlaknya itu. Keperibadiannya itu merupakan gambaran dari akhlak yang baik menurut Islam (Akhlak Al-Karimah).

Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, sikap jujur dan keramahannya terserlah.

Iklan

Sifat dermawan Usman begitu terserlah apabila berlakunya bencana kekeringan yang melanda kota Madinah.

Ketika itu, kaum Muslimin terpaksa menggunakan perigi Rum sebagai satu-satunya sumber mata air, malangnya mereka perlu membayar dengan harga yang mahal.

Perigi Rum itu adalah milik Yusuf, seorang Yahudi tua.

Bagaimanapun, Usman sanggup membeli perigi Rum itu dari si Yahudi untuk kegunaan penduduk Madinah. Mereka bebas mengambil sebanyak mungkin untuk keperluan masing-masing.

Seperkara lagi, Usman juga terkenal dengan sebutan sebagai Zu Nuraini iaitu pemilik dua cahaya.

Bagaimana beliau memperoleh gelaran itu? Kerana Usman menerima penghormatan yang besar apabila dapat menikahi dengan dua puteri Rasulullah SAW.

Yang pertama adalah Ruqayyah.

Namun Ruqayyah meninggal dunia selepas perang Badar.

Melihat kesedihan Usman selepas pemergian Ruqayyah, Rasulullah SAW menasihati Usman untuk menikahi seorang lagi anak perempuan baginda iaitu Ummu Kultsum.

Usman syahid pada hari Jumaat iaitu 17 Zulhijjah tahun 35 Hijriah, selepas memerintah selama 12 tahun.

(Sumber: Dr Khalid Muhammad Khalid)