'Poster boy' Muhyiddin tidak gugat BN

Iklan
Noh (dua dari kanan) menyampaikan penghargaan kepada pelajar cemerlang pada Majlis Penutup Karnival Pendidikan Parlimen Tanjong Karang di Dewan Dato' Hormat di sini pada Ahad.

TANJONG KARANG - Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meletakkan gambar Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai 'poster boy' parti itu tidak menggugat Barisan Nasional (BN) untuk terus menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, rakyat Johor seharusnya bijak menilai kepimpinan Muhyiddin sewaktu menjadi perdana menteri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, UMNO tidak meletakkan poster boy pemimpin tertentu melainkan calon Menteri Besar Johor yang diketengahkan sebagai pilihan untuk mentadbir negeri itu.

"Misalnya, Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya turun berkempen di Johor, tetapi kita tidak meletakkan mereka sebagai poster boy BN.

Iklan

"Ini berbeza dengan parti lawan yang meletakkan Muhyiddin mereka sebagai poster boy pada PRN Johor," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Perasmian Penutup Karnival Pendidikan Parlimen Tanjong Karang di Dewan Dato' Hormat di sini pada Ahad.

Iklan

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, poster boy sepatutnya diuar-uarkan sebagai calon Menteri Besar Johor dan bukan presiden parti.

"Kita dapat lihat Muhyiddin sebagai poster boy sedangkan beliau tidak bertanding. Sepatutnya siapa bakal MB (Menteri Besar) kita tonjolkan sebagai poster boy," jelasnya.


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my