Empat rumah di Kampung Sungai Punti dinaiki air

Iklan
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pemantauan di kediaman penduduk di Kampung Sungai Punti, mukim Serdang, Bandar Baharu, di sini, pada Ahad.

ALOR SETAR - Empat kediaman di Kampung Sungai Punti, Serdang Bandar Baharu, di sini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat bermula jam 4.30 petang Ahad.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, bagaimanapun tiada mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Bandar Baharu setakat ini.

Iklan
Iklan

"Hasil pemantauan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendapati sebanyak empat kediaman dinaiki air selepas hujan dan paras air Sungai Punti dalam keadaan laju serta bahaya.

"Namun, hujan berhenti di sekitar Sungai Punti, mukim Serdang setakat jam 5.53 petang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan
Iklan

Katanya, keadaan terkini paras air di Sungai Punti berada di tahap berbahaya namun paras air di kawasan rumah penduduk sudah mulai surut.