Pelajar terperangkap di Ukraine terpaksa minum air salji

Iklan
Pelajar-pelajar India mengumpulkan salji untuk dicairkan bagi dijadikan air minuman di Sumy, Ukraine baru-baru ini. - Foto The Telegraph

KIEV - Pelajar-pelajar India yang terperangkap akibat perang di Ukraine terpaksa mencairkan salji untuk mendapatkan bekalan air bersih baru-baru ini.

Tindakan pelajar-pelajar tersebut yang belajar di universiti negara itu dibuat selepas Rusia menceroboh negara berkenaan pada 24 Februari lalu.

Iklan
Iklan

Seorang pelajar perubatan dari India di Universiti Negeri Sumy, Ukraine, Malavika Manoj, memberitahu akhbar Hindustan Times baru-baru ini bahawa dia terpaksa mencairkan salji kerana tidak mendapat bekalan air bersih.

Menurutnya, dia juga berbuat demikian bagi tujuan untuk mendapatkan bekalan air minuman.

Iklan

Lebih 500 pelajar India belajar di universiti tersebut dan tentera Rusia telah membedil loji tenaga di bandar Okhtyrka di Sumy baru-baru ini.

Ini menyebabkan para pelajar tersebut yang tinggal di hostel-hostel universiti terpaksa keluar dan mengambil salji untuk dicairkan untuk dijadikan air minuman dan bekalan air bersih. - Agensi

Iklan