Rakyat Johor sambut baik tawaran air percuma

Iklan
Tawaran air percuma yang dibuat oleh Perikatan Nasional mendapat reaksi positif daripada rakyat Johor.

Tawaran air percuma yang dibuat oleh Perikatan Nasional mendapat reaksi positif daripada rakyat Johor.

Tawaran air percuma sebanyak 20 meter padu kepada isi rumah berpendapatan rendah di Johor oleh Perikatan Nasional (PN) dalam Ikrar PN dengan slogan Demi Bangsa Johor bagi Pilihan Raya Negeri ( PRN ) Johor pada Rabu, mendapat sambutan baik orang ramai.

Iklan
Iklan

Ikrar dengan slogan 'Demi Bangsa Johor' itu dilihat cukup membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup rakyat Johor bagi meringankan beban yang ditanggung.

Tawaran pemberian air percuma itu dilihat amat dekat dengan kehidupan semasa rakyat pada masa kini, serta perkembangan situasi ekonomi negeri yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Iklan

Kos sara hidup yang membelenggu rakyat diberikan perhatian sewajarnya oleh PN apabila pelbagai inisiatif lain turut rangka dan akan diterjemahkan jika diberi mandat oleh rakyat.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN akan akan terus berusaha untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat Johor bagi meringankan beban yang ditanggung.

Iklan

REAKSI RAKYAT

MAZNI
"

Pemberian air percuma ini jika dilaksanakan memang bagus sebab sekarang pun belanja untuk tampung kos sara hidup seperti perbelanjaan harian dan sewa kediaman memang tak mencukupi. Jadi bantuan sebegini meringankan bebanan bulanan yang terpaksa ditampung.” - Mazni Abdul Ghani, 49

S.MANIVANNAN

"Dalam keadaan peningkatan harga barang dan ekonomi yang tidak begitu baik, bantuan seperti ini sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan tekanan perbelanjaan kami. Sebenarnya kalau dikurangkan harga air pun boleh, tapi kalau percuma lagi baik.” - S Manivannan, 29

SAHARUDIN

Rakyat sekarang ini menghadapi tekanan daripada pelbagai jenis musibah seperti banjir, pandemik, sehinggalah kenaikan harga barangan. Jadi apa sahaja jenis bantuan yang bakal diberikan sangat membantu.” - Saharudin Hasbullah, 43

MOHD ALIAS

"Bagi yang berkeluarga, kita memang banyak guna air. Jadi kalau bagi air percuma memang dapat kurangkan bebanan sebab sekarang ini pun barang mahal. Untuk orang belum ada kerja atau bergaji kecil, memang sudah sedia terbeban.” - Mohd Alias Sakimin, 57

LAN

"Tawaran ini dapat meringankan beban kepada mereka yang berpendapatan rendah. Apabila berjanji seperti ini mereka kena tunaikan. Jika pemimpin bersikap telus, apa yang dirancang pastinya boleh berjaya.” - Lan, 24

TING KWANG

"Bukan sahaja air, elektrik juga penting dan banyak digunakan. Bil elektrik kita bayar beribu. Kalau boleh, buatlah pengurangan kos elektrik. Lagi banyak lagi bagus sebab saya orang yang berniaga.” - Chua Ting Kwang, 54

RAOF

"Kalau betul pemberian ini boleh dibuat, ia memang bagus kerana dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh rakyat Johor. Harapan saya agar apa yang dijanjikan itu menjadi kenyataan.” - Raof, 54

ROZITA

"Pada masa sekarang ramai yang susah dan tidak bekerja. Jika benar pemberian ini dilaksanakan ia pasti membantu rakyat Johor dalam meringankan beban. Sebagai rakyat kita harap janji ini diutamakan.” - Rozita Yasin, 51

MOHD SHAFIE

"Harap dapat dibuat penelitian mengenai penerima bantuan ini. Kalau betul pelaksanaannya ia adalah perkara yang baik. Selepas Covid-19 ramai yang tidak mampu sara hidup. Sedikit sebanyak memang akan beri kelegaan untuk bil utiliti bulanan.” - Mohd Shafie Daud, 28

MARIANA

"Memang ini satu tawaran yang baik jika benar-benar dilakukan. Kita sedar sekarang bil air makin tinggi, ada orang yang mampu dan ada yang tidak. Dengan bantuan sebegini, isu tunggakan bayaran air boleh dikurangkan.” - Mariana Fadil, 40

MOHD NAZMI

"Tawaran ini memang sangat membantu jika benar dilaksanakan. Terutama kepada kediaman yang ramai ahli keluarga, dengan takrif air yang meningkat ia memang mengurangkan beban.” - Mohd Nazmi Mualan, 38

IZZAT

"Pemberian air percuma kepada rakyat ini memang patut dilakukan. Bukan air percuma sahaja, tetapi bil elektrik juga perlu diberi bantuan. Tawaran bantuan ini patut diberikan secara menyeluruh meliputi semua golongan." - Peniaga, Izzat Isnin, 44