Siti Healthcare jayakan imunisasi Covid-19 bersama Sime Darby

Iklan
Sekumpulan pekerja ladang Sime Darby bergambar kenangan selepas mendapat suntikan imunisasi daripada Klinik Siti.

KUALA LUMPUR - Menyedari kepentingan imunisasi dalam kalangan masyarakat, Siti Healthcare Sdn Bhd memperluaskan program imunisasi Covid-19 kepada kumpulan sasar.

Terbaharu, rangkaian penyedia perkhidmatan kesihatan itu menawarkan pakej imunisasi kepada pekerja-pekerja ladang milik Sime Darby Berhad.

Iklan
Iklan

Pengerusi Siti Healthcare, Datuk Seri Dr Muhammad Ali Yahya berkata, pemberian vaksin dan dos penggalak itu merupakan sebahagian daripada program imunisasi industri yang dilaksanakan Klinik Siti.

Katanya, Klinik Siti merupakan Health Care Organizer (HCO) yang dilantik oleh kerajaan bagi menyediakan vaksin dan dos penggalak kepada masyarakat.

Iklan

Untuk program bersama Sime Darby kali ini, ia melibatkan kumpulan pekerja estet Sime Darby sekitar 16,000 orang, bermula di Ladang Bikam, Perak.

Petugas kesihatan Klinik Siti memberi penerangan kepada pekerja ladang Sime Darby sebelum menerima suntikan imunisasi.

"Selain di Perak, Klinik Siti juga akan melaksanakan program suntikan vaksin kepada pekerja syarikat gergasi perladangan itu di Kedah, Selangor dan Pahang.

Iklan

"Usaha ini diharap dapat memberi perlindungan kepada semua pekerja estet Sime Darby yang tinggal jauh di kawasan pedalaman.

"Ia juga selaras dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan kadar pemberian vaksinasi dan dos penggalak dalam kalangan individu dewasa di negara ini,'' katanya dalam satu kenyataan.

Klinik Siti memulakan perkhidmatan sebagai HCO dalam Progrom Imunisasi Covid-19 sebagai pengendali Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Malaya dan MITEC, di Kuala Lumpur.

Mohammad Ali berkata, sebagai HCO yang dilantik oleh kerajaan, pihaknya bertanggungjawab dalam penyediaan tenaga kerja dalam urusan pemberian vaksin, menguruskan pembekalan, penyimpanan dan pengurusan dos vaksin yang disalurkan oleh pihak kerajaan.

Katanya, sehingga kini kumpulan penyedia perkhidmatan kesihatan itu mempunyai 31 buah klinik yang beroperasi di Selangor dan Negeri Sembilan.

Tambah Mohammad Ali, dijangka 16 buah lagi klinik beroperasi dalam suku kedua tahun ini.