Moga Wooi Yik cepat sembuh

Iklan
Wooi Yik

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain beregu lelaki, Soh Wooi Yik positif Covid-19.

"Wooi Yik yang tiada gejala dan dalam keadaan baik kini menjalani tempoh pengasingan diri mengikut protokol kuarantin Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN)," jurucakap BAM di laman sosial badan induk itu pada Isnin.

Iklan
Iklan

Tambah BAM lagi, pasukan bimbingan dan perubatan BAM akan terus memantau proses pemulihan pemain berusia 24 tahun itu sebelum memutuskan penyertaannya di Kejuaraan England, yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 20 Mac di Birmingham.

"Semua orang di BAM mendoakan Wooi Yik cepat sembuh," ujarnya lagi.

Iklan
Iklan