PENGERANG - Calon Parti Pejuang Negara (Pejuang) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor
Rahmattullah Kamilin menjadi calon terbaru disahkan positif Covid-19.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Kamilin memaklumkan, ujian RTK yang dilakukan menunjukkan keputusan positif.
"RTK test turut dilaksanakan kepada 15 orang jentera dan mendapati seorang daripada mereka turut positif. Saya dan seorang jentera tersebut akan melaksanakan kuarantin kendiri di BGU Bandar Penawar," menurut kenyataan itu
Pada masa sama, Rahmattullah memaklumkan untuk tempoh tiga hari lalu, beliau kurang bertemu pengundi kerana perlu menghadiri dua majlis pengebumian dan melaksanakan urusan pentadbiran pengurusan pilihan raya yang lain.
"Saya juga tidak mengadakan ceramah serta kempen secara terbuka kerana fokus menggunakan kaedah live di Facebook sepanjang kempen PRN ini," katanya.
Antara calon yang dijangkiti Covid-19 sebelum ini ialah Yeo Tung Siong, iaitu calon DAP untuk DUN Pekan Nanas; Ter Hwa Kwong (calon BN DUN Penggaram), Chiong Sen Sern (calon PKR DUN Bukit Batu) dan Naim Jusri (calon PKR DUN Gambir).
Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my