Minyak masak diseludup ke negara jiran dari luar Kelantan

Iklan
KPDNHEP Kelantan merampas 8,448 kg minyak masak bersubsidi dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Aur Duri, Kota Bharu, pada Ahad.

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mendedahkan kebanyakan minyak masak peket bersubsidi yang diseludup ke negara jiran adalah dari luar negeri itu.

Penyeludup juga berani menjadikan rumah sebagai transit sebelum memunggah bahan mentah itu ke sempadan untuk diseludup menerusi pangkalan haram.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, terbaharu pada Ahad pihaknya berjaya merampas 8,448 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Aur Duri di sini pada jam 5.20 pagi.

"Kejayaan ini adalah hasil maklumat risikan yang diterima oleh pihaknya dan operasi bersepadu itu turut mendapat bantuan daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, tiga kenderaan yang digunakan untuk aktiviti penyeludupan seperti lori tiga tan,pacuan empat roda Mitsubishi Pajero dan Proton Waja turut disita.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut pasukan penguat kuasa telah menjumpai sejumlah 8,448 kg minyak masak peket bersubsidi.

Iklan

Azanizam berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Penyeludup dikesan menggunakan modus operandi membawa minyak masak peket dari Pahang dan menjadikan rumah yang jauh dari penduduk kampung sebagai transit serta beroperasi pada awal pagi untuk mengelak dikesan penguat kuasa.

"Minyak masak ini kemudian dibawa ke sempadan negara sebelum diseludup ke negara jiran kerana mendapat permintaan yang tinggi," katanya.

Menurut Azanizam, semasa intipan dilakukan, pihaknya melihat empat lelaki sedang memunggah minyak masak ke sebuah rumah.

Katanya, menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, suspek terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran.