ASEAN runding isu Laut China Selatan dengan China

Iklan
Kamaruddin

KUALA LUMPUR - Negara-negara ASEAN ketika ini termasuk Malaysia dan China sedang merundingkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) sebagai satu kaedah mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan tanpa melibatkan kuasa luar dari lautan ini.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, kod tatacara itu juga akan berfungsi tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim kedua-dua negara.

Iklan
Iklan

"Dalam melaksanakan rundingan COC tersebut, Malaysia sentiasa memastikan bahawa COC yang akan dirundingkan tidak sekali-kali mengetepikan kedaulatan dan hak kepentingan negara,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) yang meminta beliau memaklumkan langkah yang diambil oleh Malaysia bersama dengan ASEAN untuk menangani isu China yang dikatakan selalu menceroboh atau mengganggu perairan negara khususnya di Zon Ekonomi Eksklusif tanpa melibatkan kuasa-kuasa luar dari rantau ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata, isu berkaitan Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks berikutan tuntutan bertindih antara negara-negara di rantau ini.

Justeru katanya, dalam hal ini, Malaysia tetap mahu menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif, menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai.

Iklan

"Pendirian negara ini juga telah disuarakan secara konsisten di platform antarabangsa khususnya ASEAN.

"Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar Negeri khususnya beberapa kali menyuarakan pendirian kepada pemimpin negara yang mempunyai kaitan dengan isu Laut China Selatan bahawa semua pihak perlu bekerjasama dalam usaha mengelakkan insiden yang sama ada disengajakan atau sebaliknya di perairan berkenaan.

"Kementerian juga berpandangan sebarang konflik yang berlaku hanya akan meningkatkan ketegangan sekaligus menggugat keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan,” katanya

Oleh itu ujarnya, sebarang perbezaan dan pertikaian yang timbul perlu diselesaikan secara aman, tanpa menggunakan kekerasan atau ancaman kekerasan, menerusi dialog, rundingan atau Iebih tepat, jalan diplomasi.