Kopi Tenggek

Iklan


Pekerja kedai, menyiapkan air Kopi Tenggek yang dipesan pelanggan di kedai Kopi Tenggek, Tanjung Piai.

Meskipun kedai Kopi Tenggek terletak 25 kilometer (km) dari pusat bandar di sini, namun premis itu sentiasa dipenuhi penggemar minuman itu dari luar daerah ini termasuklah mereka yang bukan bangsa Johor.

Kopi Tenggek turut menjual pelbagai minuman lain serta aneka makanan dengan harga berpatutan seperti nasi goreng, nasi arab, keropok lekor dan roti kukus yang menjadi pilihan utama pelanggan.
Kopi Tenggek beroperasi mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali Selasa. - Foto Bernama