Maszlee tiru aksi Rajinikanth, kempen dalam bahasa Tamil

Iklan
Tangkap layar Facebook Dr Maszlee Malik pada Isnin.

KLUANG - Berbaki lima hari lagi sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu ini, calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang, Dr Maszlee Malik berkempen dalam bahasa Tamil untuk memikat hati pengundi kaum India di kawasan itu.

Beliau memuat naik sebuah video berdurasi 21 saat di laman Facebooknya dengan meniru aksi tangan legenda filem Tamil ‘Superstar’ Rajinikanth.

Iklan
Iklan

"Vanakam, jangan lupa untuk mengundi. Jangan takut Covid-19.

"SOP (prosedur operasi standard) telah ditetapkan. Nama saya Maszlee, calon no 1 (DUN Layang-Layang). Vanakam," kata Maszlee yang juga adalah anggota Parlimen Simpang Renggam di dalam bahasa Tamil.

Iklan

Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan dan menyertai PKR pada November lalu, turut meniru aksi Rajinikanth dalam filem Tamil ‘Sivaji The Boss’ dengan mengayakan cermin mata gelap di hujung video tersebut.

Filem ‘Sivaji The Boss’ adalah sebuah filem politik yang diarahkan oleh S Shankar dan dibintangi oleh Rajinikanth.

Iklan

Maszlee dicabar oleh K Alagathiran daripada Perikatan Nasional, Abdul Mutalib Abd Rahim mewakili Barisan Nasional dan Ahmad Shafiq Othaman daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi kerusi DUN Layang-Layang.

Sembilan peratus daripada 25,147 pengundi berdaftar di DUN Layang-Layang adalah kaum India. - Bernama


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my