Strategi tangani masalah beg murid berat perlu diperhalusi: PMPM

Iklan
Azlin

MELAKA - Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) bersetuju dengan tujuh strategi Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menangani isu beg sekolah berat namun ia perlu diperhalusi.

Timbalan Presidennya, Azlin Othman berkata, ini penting bagi memastikan strategi itu dapat dilaksanakan dalam tempoh jangka masa panjang bukan sekadar pelaksanaan sementara atau separuh jalan.

Iklan
Iklan

"Cadangan kepada tujuh ketetapan itu akan memberi nafas baharu dalam aspek pendidikan negara dan membantu mengatasi masalah bebanan beg sekolah berat yang sekian lama belum menemui jalan penyelesaian," katanya kepada Sinar Harian, pada Isnin.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, KPM akan menyediakan kemudahan lokar di sekolah rendah secara berfasa bermula tahun ini sebagai penyelesaian jangka panjang berkaitan isu beg sekolah berat.

Iklan

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, penyediaan kemudahan itu membabitkan sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi.

Mengenainya Azlin berkata, usaha kepada ketetapan itu harus disokong semua pihak dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa jika mahu sesuatu pembaharuan dalam sistem pembelajaran negara.

Iklan

"Penyediaan lokar adalah salah satu inisiatif dan tidak semestinya menyediakan kabinet besi berkunci yang melibatkan kos tinggi.

"Ia mungkin boleh dalam bentuk kotak atau kotak plastik yang disusun di setiap kelas mengikut jumlah serta keperluan murid," katanya memberi pandangan.