KUANTAN - Kestabilan dan kematangan politik adalah elemen penting dalam kemajuan serta pemulihan ekonomi sesebuah negara.
Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kestabilan dan pemulihan ekonomi dapat dicapai sekiranya rakyat Johor memberikan mandat kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
"BN mempunyai rekod yang cukup cemerlang ketika mentadbir Johor sehingga muncul sebagai negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi berbanding negeri-negeri lain," kata Wan Rosdy dalam hantaran di laman Facebook beliau pada Isnin.
Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Pahang menjelaskan, BN sudah berjaya mewujudkan kestabilan politik sehingga menarik ramai pelabur asing untuk menanam modal di Johor.
"Sesungguhnya kestabilan politik adalah kunci utama bagi membangunkan ekonomi bagi kemajuan sesebuah negeri.
"Oleh itu, saya berharap rakyat Johor membuat pilihan yang tepat dengan memilih BN untuk mentadbir negeri ini," katanya.
Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my