Penganggur didakwa rogol murid Tahun Lima

Iklan
Tertuduh (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kemaman atas dakwaan merogol seorang murid tahun lima dalam kejadian akhir Februari lalu.

KEMAMAN - [DIKEMAS KINI] Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dakwaan merogol seorang murid tahun lima dalam kejadian akhir Februari lalu.

Tertuduh, Muhamad Faez Nazri Zulkifli, 20, didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah di daerah ini pada 28 Februari lalu.

Iklan
Iklan

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Faez Nazri, didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan kerana merogol seorang kanak-kanak bawah umur.

Iklan

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 4 April depan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhanisah S H Sahul Hamid.