Ibu kota dilanda banjir kilat

Iklan
Gambar tular di media sosial menunjukkan keadaan banjir di ibu kota petang Isnin.

KUALA LUMPUR - Hujan lebat sekitar jam 3 petang menyebabkan beberapa lokasi di sekitar ibu kota dilanda banjir kilat antaranya Kampung Baru, Bukit Bintang dan Jalan Kuchai Lama.

Menerusi gambar tular di media sosial, beberapa kenderaan yang diletakkan bersebelahan bangunan Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) kelihatan ditenggelami banjir.

Iklan
Iklan

Seorang pengguna Facebook, Nubailah Muda, 39, berkata, dia bersama suami serta tiga anak terperangkap dalam kereta selepas paras air naik sehingga 0.5 meter di Jalan Kuchai Lama.

"Mohon doakan hujan di Kuala Lumpur segera berhenti. Kami tersangkut dalam banjir," luahnya.

Iklan
Gambar tular di media sosial menunjukkan keadaan banjir di Jalan Kuchai Lama petang Isnin.

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar 4 petang sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas selesai urusan di Jalan Klang Lama.

"Kami tak boleh gerak kerana air semakin tinggi, kebanyakan lori juga mengundurkan kenderaan kerana air deras di hadapan.

Iklan

"Buat masa ini hujan dah semakin reda dan masih menunggu air surut. Doakan hujan cepat berhenti," katanya.