BERMULA dengan satu perkongsian gambar mengenai penglibatannya dalam drama bersiri KL Gangster Underworld di akaun media sosial, Instagram Sharifah Sakinah dihujani beratus komen.
Semuanya kerana perbalahan antara netizen, di mana ada segelintir netizen yang mengutuk ketiak pelakon dan pengacara itu, manakala sebahagian lagi mempertahankannya.
Kebanyakan mereka lebih tertarik dengan rupa ketiak berbanding gambar 'body goal' yang menjadi idaman ramai wanita.
Tidak berdiam diri dengan serangan tidak bertanggungjawab netizen, selebriti berusia 30 tahun ini berkongsi mengenai perubahan yang dialami sejak beberapa tahun lalu.
"Ini kisah sebenar . Dulu saya gemuk (tak pernah tangkap gambar.) Untuk lose weight saya banyak buat cardio (running) jadi kurus secara drastik beserta intermitten fasting .
"Yes memang akan cepat turun . So bila dah kurus . My excess skin susah betul nak hilang (ketiak,perut semua gelebeh). Nak kurus senang sangat, nak fit tu yang susah!
"Terutamanya awak tak ambil supplement dan buat secara natural (FOOD). Saya harap mempunyai otot seperti pelatih lain. Ia adalah gabungan genetik, cara latihan dan kekuatan, sasaran, kekerapan dan pengambilan kalori.
"Saya berjaya kurus and jaga makan. But now my goal untuk fit ! Jom buat bersama nak? Malu apa semua, asalkan natural tak surgery," tulisnya.
Bukan itu sahaja, Sakinah turut berkongsi gambarnya ketika berisi sebelum ini.
Sakinah yang sudah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada Mac 2015, telah dikurniakan seorang puteri, Anais Adha, 2 tahun.