KUALA LUMPUR - Ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 7 malam ini, demikian amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Amaran yang dikeluarkan MetMalaysia pada pukul 2.50 petang itu menyatakan, kawasan terlibat di Kedah adalah Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin) dan Perak.