Ikat perkakas niaga elak hanyut

Iklan
Mohamad Saiful Azwan dan isterinya, Nuresa Seman, 28, (kiri) mengemas kedai makan mereka yang ditenggelami banjir di Kampung Kuala Jambu. Foto: Sinar Harian . (Gambar kecil) Faridah.

TUMPAT - Seorang peniaga kedai makan mengambil inisiatif mengikat beberapa peralatan perniagaan seperti meja dan dapur bagi mengelakkan barangan itu hanyut dalam kejadian banjir termenung di Kampung Jambu sejak seminggu lalu.

Mohamad Saiful Azwan Mohd Nawi, 35, berkata, kaedah yang digunakan itu sudah lama dipraktikkan berikutan kedai makan yang berada bersama tempat tinggal itu mengalami banjir setiap tahun.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, ada barangan yang tidak dapat diselamatkan kerana dihanyutkan banjir.

"Ini ialah kawasan bendang padi. Hujan lebat pada Isnin minggu lalu menyebabkan air naik dengan cepat mencecah 1.5 meter. Ketika kejadian, cuaca gelap dan saya hanya mengikat barangan yang sempat sahaja manakala 20 daripada 30 kerusi plastik sudah pun dihanyutkan air,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Jambu di sini pada Isnin.

Iklan

Mohamad Saiful Azwan tidak menyangka keadaan banjir itu berlaku pada awal Mac kerana kebiasaan pada November hingga Januari. Jadi saya saya tidak mengemas menyebabkan kerugian kira-kira RM1,000.

"Kini lebih seminggu berdepan banjir termenung pula menyebabkan saya tidak dapat berniaga dan tiada sumber pendapatan sebaliknya hanya bergantung kepada bantuan daripada pemimpin setempat serta badan bukan kerajaan,” katanya yang tinggal lapan beranak di rumah tersebut.

Iklan

Seorang lagi peniaga kedai makan dan runcit di kampung sama, Faridah Zakaria, 63, memberitahu mula berniaga semula pada Ahad selepas banjir surut di kawasan kedai dan rumahnya itu.

"Sebahagian barangan runcit seperti makanan kering tidak dapat diselamatkan. Saya mengambil masa selama tiga untuk mengemas dan mencuci kedai kesan banjir,” katanya.