Belum tahu punca kematian bayi 24 hari

Iklan
Hazri

REMBAU - [DIKEMAS KINI] Polis masih menunggu laporan keputusan ujian kimia bagi mengetahui punca kematian seorang bayi perempuan berusia 24 hari yang ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Kampung Batu 1, Pedas Tengah, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, keputusan laporan bedah siasat masih belum dapat mengenal pasti punca kematiannya.

Iklan
Iklan

"Bedah siasat sudah dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau, semalam (Ahad) namun punca kematian masih belum diketahui.

"Pihak polis masih menunggu laporan kimia daripada Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Ia mungkin mengambil sedikit masa," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada doktor, bayi terbabit dilahirkan dalam keadaan sempurna di hospital sama.

Bagaimanapun katanya, hasil temu bual awal dengan doktor yang memberikan rawatan kecemasan kepada bayi itu pada hari kejadian, wajahnya menunjukkan tanda 'down sindrom'.

Iklan

"Sepatutnya pemeriksaan susulan akan dilakukan apabila bayi itu berusia 30 hari," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan bayi perempuan ditemui tidak sedarkan diri ketika tidur di rumah keluarganya di Kampung Batu 1, Pedas Tengah di Rembau, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Rembau.