Lokasi banjir kilat di Meru terus meningkat

Iklan
Beberapa kawasan di Meru dilanda banjir kilat setinggi 0.46 meter pada petang Isnin.

KLANG - [DIKEMAS KINI] Kawasan yang terjejas akibat banjir kilat di Meru, di sini meningkat kepada enam lokasi akibat hujan berterusan sejak jam 3.25 petang pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, lokasi-lokasi tersebut ialah di Persiaran Hamzah Alang, Jalan Teratai, Jalan Meru Daya, Jalan Sesenduk Meru, Jalan Cempaka dan Jalan Paip, di sini serta Pekan Kapar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, air bah setinggi 0.46 meter (m) itu juga memasuki rumah dan asrama pekerja kilang di sini.

"Air banjir pada ketinggian 0.46m itu ke dalam rumah penduduk dan asrama pekerja kilang yang didiami golongan wanita," katanya pada Isnin.

Iklan

Pada Ahad, Norazam memaklumkan beberapa kawasan perumahan di Meru, Klang dilanda banjir kilat ekoran hujan berterusan pada petang Ahad.

Katanya, kejadian itu dilaporkan di Taman Seri Meru, Jalan Teratai, Jalan Kenangan, Pekan Meru dan Taman Meru 3 di sini.

Iklan