JOHOR BAHRU - Hujan renyai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor pagi ini tidak menghalang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) beratur di luar pusat mengundi di Dewan Dato Onn di sini seawal jam 7.30 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Tinjauan Sinar Harian di pusat pengundian awal Dewan Dato Onn mendapati rata-rata anggota keluar awal dan tidak menjadikan hujan sebagai halangan untuk mereka menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat di kawasan mereka.