KOTA TINGGI - Seorang anggota tentera maut, empat lagi cedera selepas trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dinaiki mereka terlibat nahas di Kilometer 16, Jalan Penawar-Punggai, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kemalangan pada jam 3.40 petang itu dipercayai berlaku ketika trak berkenaan dalam perjalanan dari Pos Tg Leman di Mersing Ke Pos Tg Sepang di Pengerang.