631 anggota polis IPD Batu Pahat keluar mengundi

Iklan
Tiga anggota polis menunjukkan jari mereka selepas selesai membuang undi awal di IPD Batu Pahat.

BATU PAHAT - Seramai 16 daripada 631 anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat tidak dapat keluar mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Selasa kerana perlu dikuarantin selepas dijangkiti Covid-19.

Ismail

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Assisten Komisioner Ismail Dollah berkata, seramai seramai 61 anggota sudah bertukar kontinjen atau daerah.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sebanyak sembilan balai polis disediakan sebagai tempat pembuangan undi selain dua lagi lokasi iaitu Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM) dan Kem Majidee melibatkan Pelapes dan tentera.

"InsyaALLAH, kita menjangka sebanyak 90 peratus akan mengundi pagi ini,,” katanya ketika ditemui pemberita di IPD Batu Pahat pada Selasa.

Iklan

Sebanyak 63 pusat mengundi terdahulu dilapor bersiap sedia dibuka bagi proses pengundian awal PRN Johor yang bermula 8 pagi.

Lebih 22,000 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing layak mengundi dalam PRN Johor.

Ketua Polis Balai Batu Pahat, Asisten Superintendan Maimunah Sujak menunjukkan jarinya selepas selesai membuang undi awal di IPD Batu Pahat.

Iklan

Dalam perkembangan berasingan, Ismail memaklumkan polis masih menyiasat penganjuran program sebuah kementerian di Ayer Hitam yang melibatkan tarian beramai-ramai di bawah Peraturan 16, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Masih lagi dalam siasatan dan beberapa orang telah dipanggil untuk diambil kenyataan oleh pihak polis,” katanya.


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my