Pertemuan Terengganu-Negeri Sembilan ditunda angkara Covid-19

Iklan
Pertemuan antara TFC dan NSFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam Rabu ditunda selepas 15 pemain dan pegawai skuad Hobin Jang Hobin disahkan positif Covid-19.

PERLAWANAN Liga Super antara Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam Rabu ditunda selepas pemain serta pegawai skuad Hobin Jang Hobin dijangkiti Covid-19.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 15 pemain dan pegawai NSFC disahkan positif virus tersebut.

Iklan
Iklan

"MFL mengumumkan perlawanan Liga Super yang menemukan TFC dan NSFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu terpaksa ditunda ke tarikh baharu.

"Ia susulan seramai 15 pemain dan pegawai NSFC disahkan positif Covid-19, sekali gus menyaksikan perlawanan kedua-dua pasukan itu dalam pusingan pertama Piala FA 2022 pada Ahad ini di venue yang sama juga terpaksa ditunda.

Iklan

"MFL ingin menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai NSFC yang disahkan positif Covid-19 dan semoga mereka akan kembali sembuh,” katanya pada Selasa.

Terdahulu, MFL mengumumkan penangguhan 10 perlawanan melibatkan lima pasukan iaitu Sri Pahang, UiTM FC, Skuad Projek FAM-NSC, Perak dan PDRM selesa beberapa pemain dan pegawai kelab tersebut disahkan positif Covid-19.

Iklan

Di bawah garis panduan baharu MFL, kesemua kelab tersebut perlu menjalani kuarantin memandangkan lebih 50 peratus daripada pasukan tersebut dijangkiti virus itu, sekali gus menyaksikan pasukan terlibat idak dapat bermain pada pembukaan musim mereka dan perlawanan seterusnya pada minggu berikutnya.