315 mangsa banjir di ibu kota ditempatkan di dua PPS

Iklan
Anggota bomba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Pasir Pantai Dalam pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Seramai 315 mangsa banjir masih di ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar Kuala Lumpur.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi pada Selasa memaklumkan, kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy, Pantai Dalam.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, terdapat 109 mangsa banjir daripada 47 keluarga terdiri daripada penduduk Kampung Periuk dan Jalan Raja Bot ditempatkan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman.

"Mangsa banjir di Kampung Pasir, Pantai Dalam pula ditempatkan di PPS SJKT Saraswathy terdiri daripada 206 mangsa yang membabitkan 46 keluarga," kata pusat gerakan itu.

Iklan

Menurut pusat gerakan, hujan lebat yang berlaku pada jam 4 petang pada Isnin telah mengakibatkan air naik setinggi satu meter iaitu bersamaan dengan paras pinggang.

"Kejadian banjir berpunca daripada hujan lebat luar biasa dalam tempoh dua jam sekali gus menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi," kata pusat gerakan itu.

Iklan

Tambah pusat gerakan, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia dalam tempoh setahun, bacaan hujan adalah 2,500 milimeter (mm) menjadikan purata bacaan (kira-kira) 200mm sebulan.

"Namun dalam kejadian semalam, tempoh dua jam hujan sahaja bacaan yang direkodkan adalah melebihi 106mm iaitu lebih setengah purata bulanan," kata pusat gerakan itu.