Presiden Kazakhstan umum letak jawatan

Iklan
Nursultan Nazarbayev - Foto Aprecon

ASTANA - Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev mengumumkan peletakan jawatannya pada Selasa lapor agensi berita Sputnik.

"Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai presiden," menerusi ucapannya yang disiarkan televisyen negara.

Iklan
Iklan

Berikutan itu Senator Kassym-Jomart Tokayev akan menjadi pemangku presiden sehingga pilihan raya diadakan.

Bagaimanapun, Nazarbayev akan kekal sebagai Ketua Majlis Keselamatan Negara, ketua parti Nur Otan dan anggota Majlis Perlembagaan.

Iklan

Tokayev, berkata ibu negara Kazakhstan akan dinamakan semula sempena nama Nazarbayev.

Beliau mengangkat sumpah jawatan awal hari ini dan akan memegang jawatan itu sehingga pilihan raya 2020. - Bernama

Iklan